Friday, 19 September 2014

Tabiat Penyebab Penyakit Lupa

Di kelas agama semalam ustaz ada menyampaikan suatu pesanan pada anak muridnya agar dielakkan membuat beberapa tabiat yang menyebabkan penyakit lupa. Ini disebabkan oleh ada beberapa anak murid masih lupa tentang bacaan doa selepas mengambil wuduk. 

Berikut adalah beberapa penyebab penyakit lupa. 
  1. Jangan minum air yang ada semut. Elakkan minum minuman yang berisi semut. Walaupun ia ditapis sekalipun tetap jangan diminum.
  2. Jangan makan makanan yang syubhah. Syubhah maksud di sini adalah makanan organ dalaman seperti hati ayam. 
  3. Jangan baca nama arwah di batu nisan. 
  4. Jangan makan kepala ikan. Makan badan ikan tak apa. 
Itu sahaja pesanan yang saya terima. Jika saya ada tersalah info, sila betulkan. Sama-samalah kita bantu memperbaiki diri. Jika ingin saya menambah, sila tinggalkan di ruang komen. 

No comments:

Post a Comment